Thursday, January 31, 2013

Nik Aziz Ditentang Rakyat Lagi!!!



1. Lebih 100 orang peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) 'Kesedar' (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan) Lebir naik marah dengan sikap Nik Aziz dan kerajaan Pas Kelantan kerana menyerahkan geran hak milik hanya kepada 82 peneroka yang didakwa sebagai penyokong dan ahli Pas sahaja.

2. Penduduk berkenaan mengadakan tunjuk perasaan aman dilaluan dimana Nik Aziz dijadualkan lalu bagi menunjukkan bantahan mereka dengan mencemuh campurtangan Nik Aziz dan kerajaan Pas negeri Kelantan.

3. Seperti biasa, juak-juak Nik Aziz yang mendahuluinya berusaha membubarkan tujuk perasaan berkenaan bagi memberikan gambaran baik kepada Nik Aziz supaya MB Kelantan itu terus leka dan beranggapan bahawa dia masih popular dan disenangi rakyat.

4. Menurut temuramah dengan sebahagian dari mereka yang terlibat yang disiarkan sebuah rancangan tv, jelas mereka marah-marah dan menganggap bahawa Nik Aziz telah mempolitikkan isu berkenaan dengan harapan untuk meraih undi menjelang PRU. Mungkin juga Nik Aziz cuba membersihkan 'tangannya' dari isu pemberian tanah kepada DAP yang dirampasnya dari rakyat Kelantan tidak berapa lama dahulu.

5. Kebelakangan ini Pas kelihatan semakin huru-hara dengan masalah dalamannya. Nik Aziz juga kelihatan semakin celaru dan tidak tentu halatuju. Nik Aziz bukan lagi Nik Aziz yang dulu. Nik Aziz sekarang ini adalah berhati DAP. Tingkah laku Nik Aziz juga bukan tingkah laku Pas dahulu lagi, segalanya adalah DAP. Inilah akibat dari bersahabat dengan syaitan.


GUA MUSANG 30 Jan. - Kira-kira 100 peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT ) di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Lebir hari ini mengadakan bantahan secara aman mendesak Kerajaan Pas Kelantan agar tidak menjadi jaguh dengan tampil menyelesaikan kemelut hak milik tanah di kawasan berkenaan.

Bantahan tersebut diadakan di Jalan Utama menghala ke Kesedar Lebir di sini yang menjadi laluan utama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Majlis Penyampaian Geran Tanah Hak Milik Tapak Rumah kepada 82 peneroka kawasan tersebut.

Bagaimanapun keadaan menjadi kecoh apabila dua buah kereta pacuan empat roda yang mengetuai rombongan Menteri Besar itu telah bertindak menghalang peserta bantahan yang berkumpul di kawasan itu.

Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang hasrat para peserta yang berkumpul itu daripada bertemu Nik Abdul Aziz yang tiba menaiki kenderaan jenis Mercedes Benz dan terus memecut laju tanpa menghiraukan mereka.

Ketua Peneroka Kesedar Lebir, Abdul Aziz Rahman mendakwa, RKT berkenaan telah sekian lama diuruskan oleh Kesedar dengan cukup sempurna dan mengapa tiba-tiba Kerajaan Pas cuba berlagak 'hero' kononnya ingin membela rakyat dengan bertindak demikian.

Dakwanya, sebelum ini seramai 195 peneroka di kawasan berkenaan begitu berterima kasih dengan kesungguhan dan bantuan yang diberikan oleh pihak Kesedar dalam menyediakan segala kemudahan diperlukan sejak kawasan itu dibuka pada tahun 1981.

"Bagaimanapun keharmonian kami selama ini telah diancam apabila kerajaan negeri tiba-tiba tampil dan berlagak seperti hero untuk menyelesaikan masalah hak milik tanah di sini. "Apa yang saya tahu Kesedar sudah membayar premium tanah seluas lebih 4,000 hektar ini dan sudah tentu segala masalah yang berlaku di sini perlu diselesaikan oleh Kesedar tanpa perlu campur tangan pihak lain," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

Wednesday, January 30, 2013

Panas!!!Selepas Nasha, Harun Taib Juga Dijangka Jadi Mangsa!!!




KUALA TERENGGANU: Seorang pemimpin kanan PAS dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu, kata bekas pengikut setia parti itu Zainon Ismail.

Katanya beliau difahamkan antara nama yang disebut-sebut berada dalam senarai pemecatan oleh Majlis Syura Ulama PAS ialah Ketua Dewan Ulama parti itu Datuk Harun Taib.

Beliau berkata tidak mustahil perkara itu berlaku selepas bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Jan lalu.

"Majlis Syura Ulama PAS adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," kata Zainon yang juga seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N.Al-Afghani


Beliau berkata demikian ketika menghadiri program diskusi 'Dilema dan Ranjau Perjuangan Islam di Malaysia' yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu DatukSeri Ahmad Said.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan pemecatan Nasharudin sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu berikutan tindak tanduknya yang didakwa boleh merugikan parti itu.

Sebelum ini Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, kesemua 13 ahli badan tertinggi parti itu yang hadir pada mesyuarat pada 13 Januari lalu bersetuju agar Nasharudin digugurkan daripada kedudukannya.

Majlis Syura Ulama PAS dianggotai seramai 15 orang ahli.

Menurut Nik Zawawi, dua lagi anggota majlis (termasuk Nasharudin sendiri) tidak hadir pada mesyuarat yang diadakan pada 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun beliau enggan menamakan siapakah seorang lagi yang tidak hadir. Ini menimbulkan tanda tanya, adakah Datuk Harun Taib merupakan ahli yang tidak hadir pada hari tersebut?

Sumber

Tuesday, January 29, 2013

Contoh Kata-Kata Dakwah Pemimpin PAS Yang Sangat 'Manis'!!!!

Panas!!! Punca Ustaz Nasha Dipecat Diketahui!!!



Apakah salah Nasharudin Mat Isa mengikuti lawatan Najib Razak ke Semenanjung Gaza dalam melawat dan bertanya khabar kepada pemimpin dan penduduk Islam Gaza? Takkanlah Najib Razak nak membawa politik tempatan Malaysia UMNO-PAS ke Semenanjung Gaza? Nampak sangat pemikiran sempit pemimpin PAS termasuk Majlis Syura Ulama PAS.

Ramai yang berpendapat pemecatan Nasharaudin daripada Majlis Syura Ulama PAS kerana tindak tanduknya yang sering mengikuti rombongan Najib Razak melawat Mekah pada September tahun lalu dan terbaru melawat Semenanjung Gaza.

Tindakan PAS mempolitikan lawatan Najib Razak ke Semenanjung Gaza disifatkan sebagai suatu yang terkebelakang. Sedangkan, Najib Razak datang ke Gaza dengan membawa imej rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Menurut Najib Razak, selama lawatan ke Gaza mahupun ke Mekah sebelum ini, tiada sebarang perbincangan mengenai UMNO-PAS terhadap Nasharudin sebaliknya lebih kepada perbincangan mengenai masa depan agama Islam dan umatnya di Malaysia.

Menurutnya, Nasharudin hanya memperjuangkan prinsipnya untuk menyatukan ummah.

Justeru beliau juga berkata, PAS perlu menghargai perjuangan yang dibuat dan tidak memikirkan keuntungan parti semata-mata.

"Walaupun dikatakan beliau (Nasharudin) disebabkan kegagalannya menghadiri Syura, tapi masa pemecatan beliau setelah kembali ke tanah air membuat lawatan ke Gaza.

"... memberi persepsi beliau ada kaitan dengan lawatan tersebut, pada hal Nasharudin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta tidak menidakkan parti politik.

"Beliau pentingkan perpaduan untuk wujudkan satu ummah, ini pendiriannya, tetapi beliau telah dikenakan tindakan walaupun mempunyai niat yang baik.

PAS tidak melihat kuman dan virus (DAP) di hadapannya yang secara terang cuba menghancurkan PAS dan Islam, sebaliknya melihat kuman dan virus (UMNO dan BN) jauh di seberang walaupun mempunyai niat suci mempertahankan Islam dan mensejahterakan rakyat.

Sumber

Monday, January 28, 2013

Sunday, January 27, 2013

Gempar!! Ustaz Nasha Digugurkan Dari Majlis Syura???



Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor 'Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

 Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

 Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja. Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama

PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti

Video PM Najib Ke Kelantan, Nik Aziz Tidak Senang Duduk!!!

Saturday, January 26, 2013

Kalimah Allah:Anwar Terus Tekan Hadi!!!



Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya terus beri tekanan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu kalimah Allah.

Ketua Pembangkang itu terus ding dong bila ditanya pendiriannya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS bersabit larangan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Selain menuduh media ada kaitan dengan UMNO memutar belit kenyataannya berhubung isu itu, Anwar berkeras memegang perakuan 8 Januari oleh Hadi bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan ia tidak menghina Islam.

Anwar seolah-olah tidak menerima keputusan PAS mengubah pendirian itu apabila Majlis Syura parti itu melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab bukan Islam.

“Kalau ada isu selepas (keputusan) Majlis Syura itu, (ia) perlu dibawa dalam mesyuarat Pakatan…tapi Hadi tidak timbulkan perkara itu untuk bincang semula tentang keputusan kalimah Allah.

“Saya hormati keputusan Majlis Syura tetapi tetap dengan pendirian Pakatan,” katanya.

Di sinilah Hadi terbelit kerana pimpinan atau majlis Pakatan Rakyat belum bermesyuarat bagi membolehkan beliau menyatakan pendirian PAS sama ada kekal dengan perakuan 8 Januari atau dibuat Majlis Syura.

Melihat cara Anwar bersilat dalam isu ini, Hadi tentu tersepit apatah lagi kepimpinan tertinggi PAS termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga akur dengan pandangan majlis tersebut.

Hadi dilihat tidak ada ruang untuk bersilat macam Anwar kerana Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib juga sudah menegaskan pendirian majlis syura lah dipegang ulama PAS.

Beliau sebaliknya menyerahkan kepada Hadi menyelesaikan isu itu dalam pakatan pembangkang.

“Saya tidak boleh komen, itu kena tanya Presiden PAS,” kata Harun.

Malangnya, Hadi masih membisu barangkali terpaksa menuggu Majlis Pimpinan PR bersidang.

Cuma yang menangguk di air keruh dalam isu ini adalah DAP.

Selepas Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng cetuskan api kontroversi mencadangkan kalimah Allah boleh digunakan dalam Bibble Bahasa Melayu, beliau berdiam diri setelah perkara itu bangkitkan kemarahan umat Islam.

Inilah dilema Hadi sama ada mahu menjaga kepentingan PAS dalam pakatan rakyat atau patuh keputusan majlis syura – badan tertinggi parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.

Tidak mustahil juga, Hadi akan terus membisu sama seperti dalam isu Amanat Hadi.

Maklumlah, dengan pilihanraya umum ke 13 sudah hampir, Hadi tentu tidak mahu merosakkan perancangan PAS,PKR dan DAP untuk menawan Putrajaya.

Mungkin juga akhirnya Hadi sendiri terpaksa buat pendirian ‘politik suku-agama suku’ demi survival perjuangan pembangkang.

Jika ini berlaku, Hadi boleh mengucapkan selamat tinggal kepada PAS manakala jika Hadi pertahanan keputusan majlis syura dan merubah perakuan 8 Januari, mungkin PAS pula kena ucapkan selamat tinggal pada PKR dan DAP

Wahai Ahli2 Tegar PAS..Anda Semua Wajib Tengok Video Ni!!!

Friday, January 25, 2013

Kerana Terlalu Terdesak, Media PR Sanggup Petik Sumber Israel Untuk Fitnah DS Najib!!!


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya semalam, menafikan lawatan kemanusian beliau ke Gaza kelmarin adalah cubaan untuk masuk campur tangan Palestin. Lebih dari itu, Najib telah pun menghubungi Presiden Palestin, Mahmod Abbas untuk memaklumkan kehadiran beliau di Gaza sebelum itu.

Justeru tidak timbul persoalan bahawa Mahmod rasa terhina dengan lawatan tersebut kerana Najib sudah memaklumkan beliau terlebih dahulu. Najib bukan bodoh.

Kenyataan ini adalah bagi membalas kritikan pembangkang yang tercabar dengan lawatan Najib ke Gaza. Maklumlah, pemimpin-pemimpin pembangkang hanya berani bercakap dan berdemo dalam negara kononnya untuk membela rakyat Palestin di Gaza, sedangkan Najib masuk sendiri ke Gaza untuk melihat keadaan disitu dan menghulurkan bantuan.

Penulis ambil inisiatif untuk siasat pihak mana yang sebar berita kata Mahmod marah Najib masuk Gaza sedangkan Mahmod telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh Najib berhubung kunjungannya itu.

Rupanya yang pertama melaporkan berita ini adalah akhbar Israel, The Times of Israel dalam ruangan Israel & The Region, yang kemudian berebut-rebut dikutip puak pembangkang ini.

Nampak tak terdesak tak terdesak puak-puak ini. Punyalah rasa tercabar dengan kunjungan Najib sehinggakan berita dari akhbar Israel pun dikutipnya untuk dijadikan bukti. Sudahlah tu, sumber rujukan bukan dari Pejabat Mahmod sendiri, sebaliknya entah dari siapa pun tak dinyatakan.

Cakap pasal sumber rujukan ini juga, setelah penulis lihat di blog-blog pembangkang ini, bercampur-campur. Macam-macam pihak yang dikatakan keluarkan kenyataan itu, tapi semuanya bukan dari pejabat Mahmod Abbas sendiri.

Sudah tentu Israel tidak senang dengan kunjungan pemimpin dari Malaysia kerana sekutu mereka, Anwar Ibrahim ada sini. Anwar janji nak lindungi keselamatan Israel, datang Najib, buat lawatan kemanusiaan ke Gaza pulak, sakit hatilah mereka.

Maka itu berita itu ditulis sedemikian rupa oleh akhbar Israel, mengikut telunjuk Anwar yang punya rangkaian pro Yahudi yang hebat di Amerika Syarikat dan Israel sendiri.

Inilah dia berita yang kemudian dikutip blogger pro Pakatan untuk menghina dan merendahkan lawatan Najib. Part gebang tak hengat ini serah saja pada mereka

Thursday, January 24, 2013

Tuesday, January 22, 2013

Sumbangan Bantuan Pelajar RM100 Di 3 Buah Sekolah Dalam Parlimen Wangsa Maju

Disempurnakan oleh YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah,
Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Wangsa Maju

Sek Keb Wangsa Melawati
Sek Keb Taman Melati
Sek Men Keb Taman Melati

22 Januari 2013-Jam 11 Pagi-4Ptg


























Monday, January 21, 2013

Sumbangan Bantuan Pelajar Di 4 Sekolah Di Parlimen Wangsa Maju

Disempurnakan Oleh YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah
Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Wangsa Maju

Sek Keb Desa Setapak
Sek Keb Setapak Indah
Sek Men Keb Setapak Indah
Sek Men Keb Seksyen 2

21 Januari 2013 Jam 10 Pagi- 3 Petang